Archives

Cerita tentang ANGAH~

Bismillah…

Nama sebenar beliau Ihsan Hasanah Binti Abd Rahim..seorang yang baik hati dan agak suka menolong kakaknye=) kalau korang nampak dia mesti ingat dah masuk u,tak pun dah kawin..tp sebenarnye dia baru je form 5 tahun ni. Dia memang seorang yang pendiam dan pemalu. Tapi,kalau dah dapat kawan..hilanglah pendiam dan pemalu dia..hhe~hm..beliau bersekolah di Institut Al-Quran Kuala Lumpur(IQKL)..mari kita sama-sama doakan agar beliau khatam dalam masa terdekat ni,insyaALLAH…

Kami di i-City

                                                       -Kami di i-City =) –

hm,ni gambar kami masa kat i-City Shah Alam..seronok time ni. Dapat masuk Snow House! Sejuk yang teramat. Ihsan yang pakai jaket merah,yang sebelah dia tuh,kakaknye =P

Bukan senang nak jalan-jalan camni dengan family. Time kecik-kecik dulu selalu la jugak pergi Cameron Highland,Kuching kat Sarawak,dan sebagainya..Tapi, time dah besar ni,kitorang banyak habiskan masa kat rumah je..Lagipun masing-masing duduk asrama,so,agak susah nak pi jalan-jalan . Aku tak dapat bayang macam mana bila semua dah masuk university or kolej, atau ade yang pergi luar negara sambung study..camne nak keluar sama-sama lagi..semua dah ada urusan sendiri. So,waktu nil ah yang perlu digunakan untuk merapatkan ukhuwah kami,insyaALLAH =)

Ma and abah pun agak sibuk. Tapi,mereka cuba jugak untuk meluangkan masa bersama kami pada setipa hujung minggu. Kadang-kadang,dalam 2 minggu sekali ma dan abah melawat kami kat asrama. Seronok tak terkira time ma dan abah datang. Excited ^^ hihi..Alhamdulillah..aku sangat bersyukur dikurniakan ibu dan ayah yang sangat baik. Bagi aku,mereka dalah THE BEST MA AND ABAH IN THE WORLD…Alhamdulillah!

Hm,sambung cerita pasal angah..

Beliau lahir pada 27 Januari 2011. Maknanya,kami bakal meyambut birthday dia dalam 4 hari lagi..Hobinya..sangat suka melayari internet,terutama pasal Korea.hhe~ oh ye..hm,time PMR,Alhamdulillah beliau dapat 9A berkat usaha gigih,doa dan tawakkalnya =) walaupun angah tak belajar mata pelajaran Geografi dan Kemahiran Hidup masa Form 1 dan Form2,tapi Alhamdulillah dia dapat catch up dan buat semua folio yang dia tak pernah buat dalam masa setahun,time dia form 3. Inilah sifat dia yang aku kagumi dan cuba nak contohi. Setiap malam,kat asrama,angah buat ulangkaji =)

-Angah bersama rakan seperjuangannya-

                   Lagi satu,walaupun angah ni pemalu orangnya,tapi dia seorang yang berani.Buktinya,hari tu sekolah IQKL ada jemput kak Nik Nur Madihah. Pastu,kak Madihah panggil sorang pergi depan untuk ceritakan mengenai cita-cita jangka masa pendek dan panjang masing-masing. Kak Madihah kata,siapa yang ke hadapan akan dapat hadiah.Tak ada sorang pun yang berani ke depan, tapi lastly angah keluar ke depan. Jadi,angah pun beritahu cita-cita jangka masa pendeknya adalah untuk mendapat 9A dalam PMR dan khatam Al-Quran dalam masa terdekat. Cita-cita jangka masa panjang pula,angah nak jadi doktor al-hafizah dan membantu umat islam yang ditindas.Semoga cita-cita angah tercapai.

Lepas je habis cakap pasal cita-cita,Kak Madihah kata,”Akak tak ada hadiah yang bernilai nak bagi. Akak cuma boleh bagi hadiah ni saja”.

Lepas tu kak Madihah suruh semua orang tadah tangan dan Kak Madihah pun mula berdoa,”Ya Allah,berilah Ihsan Hasanah 9A dalam PMR,dapat khatam Al-Quran,dan menjadi hambaMu yang dapat membantu umat islam,amin”.

Bagi aku,hadiah doa adalah yang paling berharga. Tak ada hadiah lain yang lebih berharga daripada doa. Tapi,doa yang lebih baik adalah tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Malaikat-malaikat pasti akan mengaminkan doa dari muslim yang mendoakan muslim yang lain tanpa pengetahuannya..

Sampai sini je kot post aku kali ni pasal angah..semoga angah terus maju dan semoga berjaya di dunia dan akhirat~amin~

Maaf andai ada kesilapan dalam penulisan kali ini…

~Sesungguhnya,yang baik itu datangnya dari ALLAH swt dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri~

…Wallahua’lam…

Advertisements