Archive | August 2013

Masr,daiman fi qalbi~

Bismillah~

Assalamualaikum..

Dah lama sangat tak buka blog.Dah lama tak mencurahkan isi hati.Dah lama tak rasa macam ni..tak tahu nak gambarkan perasaan ni macam mana :’)

Semestinya semua tahu keadaan di Mesir sekarang kan?

Lepas satu..satu..negara Islam ditindas,dizalimi,dihenyak oleh musuh-musuh Allah. Sayu hati tatkala melihat gambar-gambar yang diupload di facebook.Setiap hari ada sahaja berita yang mengoyak dan merobek perasaan.

Sebagai seorang pelajar di Mesir,hati ini cukup sensitif dan tersentuh andai ada yang membuka cerita tentang Mesir.

………………………………………………………………………………………………………………………………

“Bahaya sangat dah mesir sekarang, tak payah baliklah.”
“Sambung belajar kat Malaysia je, lagi okay.”

Menitis air mata.

Terkejut dan menitis lagi air mata apabila tersalah faham bahawa evakuasi dijalankan.
Rupanya bukan evakuasi tapi sekadar penajaan dan tawaran untuk sesiapa yang mahu pulang ke Malaysia.

Masih ada harapan.
Masih ada.

Tak sangka dah ‘ter’angau pada mesir.
Teringat ustaz arab pernah kata yang kedudukan mesir di peta terletak pada kedudukan jantung.

Masr hiya qalbul ardh.

Sungguh.

Perasaan ni pelik.
Tapi hampir semua yang belajar di Mesir berperasaan macam ni.

Walaupun sistem pembelajaran di Malaysia lebih maju, hidup lebih mewah,
tapi tetap tak setanding Mesir.

Memang Mesir berdebu.
Tapi permata di celah-celah debu tu jauh lebih berharga.

Memang Mesir tak maju.
Tapi ilmu di sebalik ketidakmajuan tu jauh lebih bernilai.

Nak balik Mesir.
Nak belajar di Mesir.
Nak graduate di Mesir.
Nak hidup dengan D&T di Mesir.
………………………………………………………………………………………………………………………………

Masr,daiman fi qalbi :’)

Image

Rumah kami di Mesir,Tingkat 4 🙂 Rindu saat berpenat lelah naik tangga..

Rindu..agaknya macam mana keadaan rumah kami sekarang? masihkah seperti ini atau..bagaimana?

Image

My heart will always be here ~Kuliyyah Tibb~

Melihat gambar ini..teringat kehidupan yang dijalani di Mesir.Setiap hari berjalan kaki dari rumah ke sini jika ada kelas.Kenangan yang tak kan dilupakan :’)

………………………………………………………………………………………………………………………………

Doakan ye semua.
Doakan islam menang di Mesir dan seluruh dunia.
Doakan ikhwah akhawat di sana terus kuat.

Hi Egypt,
we do miss you!

..Pray For Egypt..