Archive | May 2012

Tips Memudahkan Bangun Qiyamullail

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..setelah sekian lamanya aku tak update blog, hari ni tetiba dapat ilham nak tulis pasal qiyamullail..disebabkan aku sekarang tengah cuti dan tak tahu nak buat apa, jadi aku pilih untuk buat sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan insyaAllah, bermanfaat juga untuk ummah..amiin~

erm,,sebenarnya sebab utama aku tulis ni pun sebab aku sendiri semenjak dua ni, liat benar nak bangun qiyamullai..agaknya dosa banyak sampai tak tersedar..astaghfirullah~

Rasanya..semua pun dah tahu kelebihan bangun qiyamullai ni kan? tips-tips mudah bangun pun, aku yakin mesti semua dah hadam dalam otak..harap apa yang aku tulis ni dapatlah menambah ilmu walaupun ramai yang dah tahu..kalau dah tahu pun, rasanya tak salah kalau kita saling ingat-mengingatkan..betul tak?

So, kita carry on, okeh?

BISMILLAH~

  • First sekali, kita mestilah ada kemahuan yang kuat dan niat bangun qiyam tuh kerana Allah semata-mata..jangan niat nak menunjuk-nunjuk kat kawan-kawan ke..rugi je bangun kalau cam tuh la niatnya..
  • Seterusnya, agak-agak apa? yang nih rasanyaramai yang suka buat..-tidur sebentar di siang hari iaitu sebelum masuknya waktu zuhur..selalunya orang panggil qailulah..aku suka buat sunnah ni.. =D
  • Lepas tuh..hm..yang ni, bagi aku agak berat..bagi aku laa..rasanya, bagi orang lain mudah je kot..aku manusia biasa je..-meninggalkan perbuatan maksiat kepada Allah. Oleh sebab dosa-dosa akan menghijab hati, akibatnya kita berasa berat untuk beribadah..astaghfirullah~
  • Yang keempat, elakkan makan dan minum hingga terlalu kenyang..coz bila dah kenyang, kita akan rasa mengantuk, bila mengantuk, rasa nak tidur je..bila dah tidur banyak, susah nak tidur malam, bila susah nak tidur malam, susah lah jugak nak bangun qiyam..betul tak? 🙂
  • After that, erm..yang ni..berusaha untuk tidur pada awal malam dan menjauhkan diri daripada berbual kosong atau melakukan perkara tidak berfaedah. Tahu tak kenapa? Dalam buku ni tulis..sebab Rasulullah, Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w, membenci tidur sebelum solat Isya’ dan berborak perkara yang tidak berfaedah selepas solat Isya’..jadi pasni..faham-faham la yerk? >.<
  • Next, rasanya ramai yang buat..alhamdulillah~ -amalkan adab-adab tidur sewaktu mahu masuk tidur. Contonhya, berwudhu’ terlebih dahulu, membaca doa sebelum tidur, dan membaca beberapa ayat al-Quran seperti ayat Kursi, tiga Qul (al-Ikhlas, al-Falaq, an-Naas), dua ayat terakhir daripada surah al=Baqarah dan surah al-Kafirun. Kemudian tidurlah di atas rusuk kanan. Erm,,ni semua sunnah Nabi ni..kalau buat,bukan je mudah bangun qiyam, tapi dapat pahala tambahan sebab kita amalkan sunnah =)
  • yang ketujuh, dalam buku ni..dia petik kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam satu kuliah:

“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam, ia sebenarnya suatu anugerah daripada Allah. Allah kirimkan malaikat-Nya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid, dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”

  • Last but not least, ni perkara asas, kunci jam loceng atau saling kejutkan antara suami isteri, ibu bapa dan anak-anak, atau teman-teman.

~Pesanan di atas adalah galakan agar kita berusaha menghargai nikmat tersedar pada waktu malam. Mula-mula kita berdoa sahaja dahulu jika masih malas bangun untuk bersolat~

InsyaAllah, apabila nikmat yang sedikit kita syukuri, Allah akan tambah lagi nikmat itu dengan memberi kekuatan untuk bangun menunaikan solat tahajjud..insyaAllah~

..Image

~Wallahu a’lam~ =)

Advertisements