Archive | March 2012

Experience is a TEACHER =)

Experience is a TEACHER =).

Advertisements

Experience is a TEACHER =)

Bismillah..

Alhamdulillah,masuknya aku ke Kursus Miftah Al-Ilmi di Kolej Yayasan Sofa memberi seribu erti. Banyak perkara baru yang telah aku pelajari. Pada awalnya memang sedikit janggal denagn keadaan di sini. Tetapi,lama kelamaan perasaan tersebut hilang. Malah,rasa sayang untuk meninggalkan bumi tarbiyah ini. Post kali ni hanya nak menceritakan mengenai pengalaman menjadi fasilitator sempena Kem Perkhemahan Remaja Menjejaki Sunnah di Sungai Congkak.

Alhamdulillah~program ini mendapat sambutan yang agak hangat..seronok melihat adik-adik bersemangat ingin mengetahui tentang kekasih Allah,Nabi mereka,Muhammad s.a.w. Kerdil rasa diri ini jika nak dibandingkan dengan adik-adik ni. Mereka semuanya hebat-hebat!

Selain indoor activities, adik-adik ini juga didedahkan dengan outdoor activities. Mereka nampak lebih bersemangat dengan outdoor activities. hehe..yang paling best,adik-adik ni dapat mandi Sungai Congkak!! abang-abang dan kakak-kakak fasi pun join juga. Alhamdulillah~ukhuwah kami makin erat selepas itu.

Pengalaman yang aku kira paling best ialah bercakap depan adik-adik ni. Mana tak nya,first time jadi fasi untuk kem besar-besaran camni..fuh! menggeletar..lagipun banyak mana sangatlah ilmu yang aku ada untuk dikongsikan dengan adik-adik ni =) Aku memang dah lama tak diberi peluang untuk bercakap-cakap di hadapan. Sebabnya,sekolah dulu kebanyakannya bercakap depan kaum sejenis je. Tu pun dah berdebar-debar. Ni kan pulak diberi peluang untuk memberi kesimpulan tentang program di hadapan adik-adik. ALLAH..tapi,aku yakin..semua ini susunan Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diriku. ha.. ni gambar semua fasi dan adik-adik kem =) say ‘CHEESE !!!’

Bersama Fasilitator dan adik-adik kem =)

Macam-macam gelagat ada =) ada sorang adik ni,tanya aku “akak,lepas ni kitorang dapat mandi sungai lagi tak ?” aku tersenyum lalu menjawab, “semalam kan dah dapat mandi..kalau adik nak mandi lagi,boleh datang dengan family kat sini”. Suka sangat dapat mandi sungai..Sanggup buat apa saja asalkan dapat terjun dalam sungai..hhe~

Seterusnya, apa yang aku dapat daripada kem ni adalah ilmu tentang Rasulullah s.a.w. Banyak ilmu yang selama ni aku tak tahu, aku dapat di sini. Aku cuba muhasabah diri. Rupa-rupanya, aku ni masih jauh dengan Nabi Muhammad s.a.w. Umat jenis apa lah aku ni. Sedangkan nabi sewaktu akhir hayatnya, menyebut “ummati..ummati..ummati..” Sedangkan aku? berselawat sekali sehari pun belum tentu.. Kekadang tersa kerdilnya diri ini. Nabi menyayagi umatnya..sedang umatnya hanyut dibuai angan dan mimpi indah..leka dengan nikmat dunia yang sementara..Allahuakbar! Dimanakah kita disisi Allah..sedangkan kekasihnya belumpun kita dapat cintai dengan sepenuh hati..apatah lagi ingin mencintai pencipta diri kita sendiri..astaghfirullah~sama-samalah kita cuba islahkan diri kita =) insyaAllah..

Banyak lagi pengalaman yang aku dapat daripada kem ni. Antanranya,kami diajar untuk mengamalkan salah satu sunnah Baginda s.a.w. ¬†yang paling mudah..iaitu SENYUM =)=)=) kami juga dikehendaki menyanyikan lagu ‘Senyum Seindah Suria’ i love that song very much =D

Lirik Lagu Senyum

Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… seperti ¬†Rasulullah
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan…

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Sungguh, pengalaman ni sangat berharga dan tak mungkin dapat aku lupakan =)