Archive | February 2012

<3 cinta <3

Bismillah…

Cinta adalah kekuatan,

Yang mampu mengubah duri jadi mawar,

Mengubah cuka jadi anggur,

Mengubah sedih jadi riang,

Mengubah amarah jadi ramah,

Mengubah musibah jadi muhibbah,

Itulah cinta..

Namun,

Cinta itu kan jadi kekuatan,

Jika disandarkan pada Allah,

Cinta itu kan jadi muhibbah,

Jika disalurkan pada jalan yang benar,

Cinta itu kan jadi riang,

Jika tak bertentang

Buat para muslimah di luar sana,

Usah gusar jika belum berpunya,

Usah risau jika belum dipetik sesiapa,

Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,

Yakinlah dengan qada\’ qadar Allah,

Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,

Tercatat sudah di luh mahfuz,

Siapa jodoh kita,

Bila akhir hayat hidup kita,

Di mana nafas terakhir kita,

Yakinlah,

Allah lah sebaik2 pengatur hidup,

Berdoalah tiap kali lepas solat,

Wa la takilna ila anfusina torfata \’ain..

Ya Allah,

jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri, Walaupun cuma sekelip mata…

~amiin~

~copypaste dr iluvislam~

Yakinlah jodoh kita itu ada..cuma Allah tidak akan memberi jika kita masih belum bersedia..

Sesungguhnya,apa yang ditetapkan Allah untuk kita itu adalah yang terbaik,insyaAllah =)

…Hindari penyakit lupa…

Bismillah..

Pada post kali ni, saya ingin menyampaikan sedikit ilmu yang saya dapat setelah membaca buku ADAB DAN DOA Penuntut Ilmu yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki. Moga kita mendapat manfaat daripada ilmu ini dan sama-samalah kita berusaha untuk mengamalkannya,insyaAllah =)

Buat semua  para pencari ilmu,saya ingin berkongsi mengenai beberapa perkara yang perlu dihindarkan oleh penuntut ilmu agar tidak lupa akan ilmu yang telah dipelajari :

Kita hendaklah menjauhi daripada:

  • Makan atau memasukkan daun ketumbar ke dalam makanan

daun ketumbar

  • Makan keju
  • Berjalan di jalan-jalan yang terdapat ramai perempuan
  • Berterusan memandang laut dan tempat-tempat runtuhan
  • Memandang air yang tidak mengaalir dan buang air kecil di dalamnya
  • Menghidu bau-bau yang busuk dan memakan makanan yang berbau busuk
  • Berbekam di tengkuk
  • Sering membaca tulisan pada nisan kubur
  • Minum teh merah akan mewarisi kebodohan

teh merah


  • Terlalu banyak makan bawang merah
  • Makan roti basah
  • Makan epal hijau dan segala makanan yang masam seperti yang disebut oleh ibnu syihab rahimahullah

epal hijau

 

  • Banyak murung dan sedih
  • Memandang sesuatu yang disalib
  • Makan makanan yang telah dimakan oleh tikus
  • Yang paling penting ialah jangan makan makanan yang syubhat dan haram.
InsyaALLAH,sama-sama kita bermujahadah agar dapat menghindari perkara-perkara yang disebut diatas bagi menjaga ilmu telah kita pelajari…
اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا، وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا
Maksudnya : “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, Muliakankah kami, jangan dihina, berilah buat kami, jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”
amiin ya rabbal ‘alamin~
WALLAHUA’LAM…