~Kemuliaan Ahli Ilmu~

Bismillah…

Pada kebiasannya,setiap malam akan ada kuliah yang disampaikan oleh Syeikh Fuad atau ustaz-ustaz. Tetapi malam ni agak berbeza dari malam-malam yang lain kerana aku telah belajar sesuatu yang baru. Pada malam Ahad yang lepas,Syeikh Fuad datang untuk merasmikan bangunan DaQwaH yang baru siap dibina.alhamdulillah..ucapan Syeikh pada malam itu sangat menyentuh hati aku sekaligus menguatkan lagi semangat untuk aku menuntut ilmu. Syeikh banyak memberi peringatan kepada kami agar memuliakan ahli ilmu. Ahli ilmu amatlah tinggi kedudukannya di sisi Allah.

Renunglah firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah ali-‘Imran:18)

Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala memulakan dengan nama-Nya, kemudian dengan para malaikat-malaikat-Nya dan kemudiannya dengan ahli ilmu, ini sudah cukup membuktikan betapa tingginya martabat ilmu dan ahli ilmu itu.

Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu Umamah al-Bahili Radhiallahu ‘anhu telah berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”

(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

subhanallah! lihatlah betapa mulianya martabat orang yang menuntut ilmu.Susulan daripada ini, ahli ilmu sendiri seharusnya menjaga dan mengamalkan ilmu yang dipelajarinya. Tidak sepatutnya bagi seorang ahli ilmu mencemarkan nama baik ILMU yang dipelajarinya dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH swt.

Oleh itu,sebagai seorang ahli ilmu,marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dan memperbetulkan niat kita dalam menuntut ilmu.

hm..sambungan daripada cerita tadi:

Nak dijadikan cerita , aku salam sorang makcik yang duduk berhampiran dengan aku. Tiba-tiba makcik tu cium tangan aku balik. Ya Allah,sebak dada aku. Sungguh,aku hampir-hampir menitiskan air mata. Mulia sangatkah aku? aku bermuhasabah diri sambil mendengar qasidah yang didendangkan. Malam ini,aku berazam untuk menjadi yang TERBAIK! Aku akan cuba menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh.

Sehingga sekarang, aku masih tak dapat dan tak akan lupa kejadian tersebut. Semoga ALLAH merahmati makcik tersebut. ~amin~

Oleh itu, marilah kita sama-sama menyedekahkan al-fatihah untuk semua syeikh,para asatizah,guru-guru,semua mu’allim,dan cikgu-cikgu yang telah banyak mengajar kita ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang insyaAllah,boleh memandu dan membawa kita ke arah keredhaanNya dan seterusnya ke syurga yang abadi.insyaALLAH!

Sabda Rasulullah saw:

“Man salaka thoriqon yaltamisu fiihi ‘ilman,sahhalallahu lahu thoriqon ‘ilal jannah”(al-hadith)

maksudnya:
“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan yang didalamnya terdapat ilmu,maka Allah akan memudahkan jalannya menuju ke syurga.

~WALLAHUA’LAM~

Tamat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s