First Day at Kolej Yayasan Islam Assofa

Today is Monday..Oleh itu,hari ni hari pertama start kuliah..berdebar-debar sebab tak tahu kelas mana. Aku pulak masuk lewat. So..agak nervous coz kawan pun tak ramai lagi..hm,hari bermula dengan solat subuh di Dewan Kolej. Lepas tu,kitorang baca hizib imam nawawi. Hizib ni baik dibaca  untuk melidungi diri dari gangguan jin dan syaitan yang sentiasa cemburu dengan ahli ilmu..kemudian,kami bersiap sedia untuk ke kolej jam 9 pagi.Hari first ni ramai yang tak tahu jadual dan kelas..diorang pun agak terpinga-pinga. Keterpingaan tu hilang bila Ustaz Sufi bagi taklimat tentang jadual dan kelas. Lebih kurang pukul 10 pagi, kelas pun dimulakan. Bagi yang baru dan tak tahu nak masuk kelas mana, ustaz suruh ambil exam untuk penentuan kelas A,B atau C. hihi..agak-agak aku kelas mana? Hanya ada 3 orang yang belum tahu nak masuk kelas mana : 2 perempuan dan seorang lelaki. Kitorang mendapat arahan supaya mengambil peperiksaan di perpustakaan. Sebelum jawab, baca bismillah..InsyaAllah, Allah akan tolong. =) Selepas lebih kurang 30 minit,aku dah siap jawab soaln tu..agak susah dan agak senang. Seronok jugak dapat pengalaman jawab kertas soalan. Semuanya dalam bahasa arab. Akhirnya..setelah 10 minit menunggu,keputusan pun dikeluarkan.Jeng..jeng..jeng..,Alhamdulillah, aku dapat kelas A. Alhamdulillah…mula-mula masuk kelas,aku agak terkedu sebab tak pernah masuk kolej sebelum ni. Masa aku masuk,kawan-kawan tengah buat usrah dalam halaqah. Syira ajak aku masuk usrah dia. So,aku pun join la. Mula-mula aku dengar je..lansung tak cakap. Pas  tu diorang suruh perkenalkan diri =) Kami berbincang tentang aqidah. Kawan-kawan aku banyak bincang pasal Freemason, dan sebagainya. Melalui perbincangan ni, aku dapat tahu Freemason dah banyak bertapak di Malaysia sekarang ni dan mereka sedang aktif bergiat untuk menyesatkan umat-umat islam. Ya Allah,peganglah hati-hati kami agar tidak disesatkan oleh orang-orang kafir~amin~alhamdulillah..dapat juga tamabah ilmu baru. Kami berbincang sampai pukul 11 pagi. Lepas tu,Ustaz Sufi masuk kelas kami. Ustaz mengajar tentang fiqh. Kami ada juga belajar tentang makna fiqh. Apa yang aku ingat,fiqh dari sudut bahasa ialah الفهم (kefahaman) manakala dari segi istilah pula ada dua:

1) untuk mengetahui hukum-hukum syar’iyyah yang berkaitan dengan amalan-amalan dan ucapan orang yang telah mukallaf yang diperolehi dari dalil-dalil yang terperinci,iaitu nas-nas daripada Al-Quran,sunnah,dan nas-nas yang bersumber daripada kedua-duanya,iaitu Ijma’ dan Ijtihad.

2) hukum-hukam syar’iyyah itu sendiri. Berdasarkan ini, kita katakan, “anda mempelajari fiqh,” maksudnya anda mempelajari hukum hakam fekah yang terdapat di dalam kitab-kitab fekah sedia ada, yang bersumber daripada Kitab Allah (al-Quran), Sunnah Nabi SAW, Ijma’ Ulamak, dan Ijtihad mereka.

Alhamdulillah..ilmu bertambah lagi =)

~MENUNTUT ILMU~

Ilmu
menuntutnya adalah
wajib.

Ilmu
harus diamalkan
untuk kebaikan
diri sendiri dan
insan lain.

Menuntut ilmu
bukannya untuk
menjadi pandai
bukannya untuk
mendapat pengiktirafan
seperti sijil atau
ijazah
bukannya juga
untuk berlumba-lumba. 

Menuntut ilmu
adalah kerana Allah
disuruh oleh Allah.

Menuntut ilmu
untuk mengetahui
sesuatu perkara
supaya sentiasa
dalam kebenaran.

Tuntutlah ilmu
dari hujung pena
hingga pintu kubur.

~copy paste~

Kelas Fiqh berakhir pada pukul 12 tengahari..segala puji bagi Allah,banyak faedah dan kebaikan yang telah aku dapati pada hari ini. Selepas itu,kami pun balik ke asrama masing-masing untuk mengisi perut dan berehat.

Pada pukul 6 petang,kami bersiap untuk solat maghrib berjemaah di dewan kolej yayasan sofa.Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Setelah solat maghrib selesai ditunaikan,kami pun membaca hizib. Sementara menunggu azan solat Isya’  berkumandang, ada yang membaca Al-Quran,dan ada yang membaca kitab. Masa yang ada kami gunakan dengan sebaiknya. Setelah azan berkumandang,kami pun menunaikan solat isya’ secara berjemaah. Tepat pukul 9 malam,kami bergerak ke Dewan DaQwaH yang berada tidak jauh daripada Kolej Yayasan AsSofa.Alhamdulillah..sepanjang kuliah,terdapat banyak input yang dapat menyegarkan iman dan rohani. Hati juga tenang apabila berada di dalam majlis ilmu. Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran :”Sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang”. Benarlah firman ALLAH tersebut. Kuliah selesai pada pukul 10 malam. Kami pulang bersama-sama ke asrama dengan hati yang lapang =) alhamdulillah..

~WALLAHU A’LAM~

Advertisements

2 thoughts on “First Day at Kolej Yayasan Islam Assofa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s