Archive | January 2012

Cerita tentang ANGAH~

Bismillah…

Nama sebenar beliau Ihsan Hasanah Binti Abd Rahim..seorang yang baik hati dan agak suka menolong kakaknye=) kalau korang nampak dia mesti ingat dah masuk u,tak pun dah kawin..tp sebenarnye dia baru je form 5 tahun ni. Dia memang seorang yang pendiam dan pemalu. Tapi,kalau dah dapat kawan..hilanglah pendiam dan pemalu dia..hhe~hm..beliau bersekolah di Institut Al-Quran Kuala Lumpur(IQKL)..mari kita sama-sama doakan agar beliau khatam dalam masa terdekat ni,insyaALLAH…

Kami di i-City

                                                       -Kami di i-City =) –

hm,ni gambar kami masa kat i-City Shah Alam..seronok time ni. Dapat masuk Snow House! Sejuk yang teramat. Ihsan yang pakai jaket merah,yang sebelah dia tuh,kakaknye =P

Bukan senang nak jalan-jalan camni dengan family. Time kecik-kecik dulu selalu la jugak pergi Cameron Highland,Kuching kat Sarawak,dan sebagainya..Tapi, time dah besar ni,kitorang banyak habiskan masa kat rumah je..Lagipun masing-masing duduk asrama,so,agak susah nak pi jalan-jalan . Aku tak dapat bayang macam mana bila semua dah masuk university or kolej, atau ade yang pergi luar negara sambung study..camne nak keluar sama-sama lagi..semua dah ada urusan sendiri. So,waktu nil ah yang perlu digunakan untuk merapatkan ukhuwah kami,insyaALLAH =)

Ma and abah pun agak sibuk. Tapi,mereka cuba jugak untuk meluangkan masa bersama kami pada setipa hujung minggu. Kadang-kadang,dalam 2 minggu sekali ma dan abah melawat kami kat asrama. Seronok tak terkira time ma dan abah datang. Excited ^^ hihi..Alhamdulillah..aku sangat bersyukur dikurniakan ibu dan ayah yang sangat baik. Bagi aku,mereka dalah THE BEST MA AND ABAH IN THE WORLD…Alhamdulillah!

Hm,sambung cerita pasal angah..

Beliau lahir pada 27 Januari 2011. Maknanya,kami bakal meyambut birthday dia dalam 4 hari lagi..Hobinya..sangat suka melayari internet,terutama pasal Korea.hhe~ oh ye..hm,time PMR,Alhamdulillah beliau dapat 9A berkat usaha gigih,doa dan tawakkalnya =) walaupun angah tak belajar mata pelajaran Geografi dan Kemahiran Hidup masa Form 1 dan Form2,tapi Alhamdulillah dia dapat catch up dan buat semua folio yang dia tak pernah buat dalam masa setahun,time dia form 3. Inilah sifat dia yang aku kagumi dan cuba nak contohi. Setiap malam,kat asrama,angah buat ulangkaji =)

-Angah bersama rakan seperjuangannya-

                   Lagi satu,walaupun angah ni pemalu orangnya,tapi dia seorang yang berani.Buktinya,hari tu sekolah IQKL ada jemput kak Nik Nur Madihah. Pastu,kak Madihah panggil sorang pergi depan untuk ceritakan mengenai cita-cita jangka masa pendek dan panjang masing-masing. Kak Madihah kata,siapa yang ke hadapan akan dapat hadiah.Tak ada sorang pun yang berani ke depan, tapi lastly angah keluar ke depan. Jadi,angah pun beritahu cita-cita jangka masa pendeknya adalah untuk mendapat 9A dalam PMR dan khatam Al-Quran dalam masa terdekat. Cita-cita jangka masa panjang pula,angah nak jadi doktor al-hafizah dan membantu umat islam yang ditindas.Semoga cita-cita angah tercapai.

Lepas je habis cakap pasal cita-cita,Kak Madihah kata,”Akak tak ada hadiah yang bernilai nak bagi. Akak cuma boleh bagi hadiah ni saja”.

Lepas tu kak Madihah suruh semua orang tadah tangan dan Kak Madihah pun mula berdoa,”Ya Allah,berilah Ihsan Hasanah 9A dalam PMR,dapat khatam Al-Quran,dan menjadi hambaMu yang dapat membantu umat islam,amin”.

Bagi aku,hadiah doa adalah yang paling berharga. Tak ada hadiah lain yang lebih berharga daripada doa. Tapi,doa yang lebih baik adalah tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Malaikat-malaikat pasti akan mengaminkan doa dari muslim yang mendoakan muslim yang lain tanpa pengetahuannya..

Sampai sini je kot post aku kali ni pasal angah..semoga angah terus maju dan semoga berjaya di dunia dan akhirat~amin~

Maaf andai ada kesilapan dalam penulisan kali ini…

~Sesungguhnya,yang baik itu datangnya dari ALLAH swt dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri~

…Wallahua’lam…

Wanita Solehah =)

Bismillah…

Assalamualaikum wbt…

Rasanya dah ramai orang yang tahu apa itu wanita solehah.Tapi, tak ramai yang cuba dan berusaha untuk menjadi wanita solehah. Hm,memang bukan suatu perkara yang mudah untuk seseorang itu mencapai martabat wanita solehah. Tetapi yang diambil kira oleh Allah swt adalah usaha kita kearah menjadi seorang wanita yang solehah.insyaALLAH…

Oleh itu,marilah kita sama-sama berusaha kerana siapa yang berusaha,dialah yang akan mendapat hasilnya (man jadda wajada).

Sebenarnya,aku ada terbaca satu artikel di I luv islam.Tak kesah la kalau ada yang dah terbaca atau dah terhafal dah pun..aku tetap nak kongsi sebagai pedoman dan peringatan buat kita semua. Nabi saw pun pernah bersabda “ballighuu ‘annii walau aayah”. Maksudnya: “Sampaikanlah daripada aku (Nabi Muhammad saw) walaupun satu ayat”. Jadi, aku ambil peluang ni untuk menyahut seruan Nabi Muhammad saw yang tercinta dengan berkongsi sikit sangat ilmu yang aku ada ni. Moga-moga apa yang aku nak sampaikan ni dapat dijadikan amalan dan bersama-sama kita kongsikan pahalanya ,insyaALLAH…

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, “Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah.”

Duhai WANITA:

Jika anda ingin lebih cantik dan menarik ;

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah “sabun istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan “selendang islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian.”

# Bedaklah wajah anda dengan “air wudhu.”

‘WANITA HIASAN DUNIA,SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’

InsyaALLAH…

~WALLAHUA’LAM~  =)

~Inilah cara aku mencintaimu~

Bismillah..

Aku yakin..setiap orang pasti pernah diuji ALLAH dengan perasaan cinta. Ada orang bahagia dengan cintanya,ada yang menderita kerana cinta. Duhai sahabat,jangan tersalah langkah dalam mendefinisikan cinta kerana kamu akan terjerumus ke lembah kehinaaan. Letakkan cintamu di tempat yang tinggi dengan mencintai Ilahi. InsyaAllah,kau tak kan pernah kecewa…

~*~ Inilah caraku mencintaimu ~*~

dengan tak menghubungimu,

tak juga mengirim pesan untuk menanyakan kabarmu,

dan bahkan sekadar chatting untuk menyapamu,

aku mencintaimu dengan menjauh darimu,

bukan karena aku membencimu,

namun karena aku ingin menjagamu dan menjaga diriku sendiri dari khalwat yang menjebak,

aku mencintaimu dengan menjaga diriku dan dirimu,

menjaga kesucianku dan kesucianmu, menjaga kehormatanku dan kehormatanmu,

menjaga kebeningan hatiku dan hatimu,

ya…… Beginilah caraku mencintaimu,

mencintaimu dalam diamku,

karena diamku adalah bukti cintaku padamu..

dan sekarang,

keadaan menegurku,

sehingga dapat membantu menyedarkanku dari kesalahan yang telah aku perbuat,

meskipun pesonamu terhadapku belum pulih,

belum pulih.. aku tak bisa memungkiri,

bahwa setiap manusia pasti akan merasakan fitrahnya,

termasuk permasalahan ketertarikannya terhadap lawan jenis,

maka jika harus demikian,

untuk apa jika hati ini aku tambatkan kepada siapa yang bukan orangnya nanti,

jika memang hati ini sangat peka terhadap pengaruh diri yang memilikinya ketika hati ini salah dalam pengelolaanya,

oleh kerananya… jika aku harus mencintai lawan jenis adalah fitrahku sebagai manusia,

maka aku akan mencuba untuk mencintai siapa yang akan menikah denganku nanti,

walaupun aku belum pernah bertemu dengannya,

lantaran pasti Allah akan mempertemukanku dengannya,

sehingga usahaku yang sia-sia akan cenderung berkurang di dalam lingkup fitrahku,

Insya Allah….. Kalau saja Allah menjadikan aku menikah dengan seorang lelaki yang ditakdirkan Allah kepadaku,

maka untuk apa aku berharap dan menghabiskan waktuku kepada yang lainnya,

yang belum tentu akan menjadi suami ku kelak,

sedangkan hati ini mudah terdominasi dengan sesuatu hal yang lain,

Dan rasa ketertarikanku cukuplah akan aku tumpahkan kepada suami ku kelak..

Yaa Allah, sucikanlah hatiku hanya untuk siapa yang pantas menempatinya dengan keredhaanMu,

cukup dia sajalah yang aku cintai karena aku tidak menginginkan keburukan ketika aku berbuat salah terhadap hatiku,

ღღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ

(¯`v´¯)♥SALAM UKHUWAH♥(¯`v´¯)


Semoga bermanfaat InsyaAllah…

…WALLAHUA’ALAM…

~Kemuliaan Ahli Ilmu~

Bismillah…

Pada kebiasannya,setiap malam akan ada kuliah yang disampaikan oleh Syeikh Fuad atau ustaz-ustaz. Tetapi malam ni agak berbeza dari malam-malam yang lain kerana aku telah belajar sesuatu yang baru. Pada malam Ahad yang lepas,Syeikh Fuad datang untuk merasmikan bangunan DaQwaH yang baru siap dibina.alhamdulillah..ucapan Syeikh pada malam itu sangat menyentuh hati aku sekaligus menguatkan lagi semangat untuk aku menuntut ilmu. Syeikh banyak memberi peringatan kepada kami agar memuliakan ahli ilmu. Ahli ilmu amatlah tinggi kedudukannya di sisi Allah.

Renunglah firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah ali-‘Imran:18)

Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala memulakan dengan nama-Nya, kemudian dengan para malaikat-malaikat-Nya dan kemudiannya dengan ahli ilmu, ini sudah cukup membuktikan betapa tingginya martabat ilmu dan ahli ilmu itu.

Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu Umamah al-Bahili Radhiallahu ‘anhu telah berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”

(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

subhanallah! lihatlah betapa mulianya martabat orang yang menuntut ilmu.Susulan daripada ini, ahli ilmu sendiri seharusnya menjaga dan mengamalkan ilmu yang dipelajarinya. Tidak sepatutnya bagi seorang ahli ilmu mencemarkan nama baik ILMU yang dipelajarinya dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH swt.

Oleh itu,sebagai seorang ahli ilmu,marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dan memperbetulkan niat kita dalam menuntut ilmu.

hm..sambungan daripada cerita tadi:

Nak dijadikan cerita , aku salam sorang makcik yang duduk berhampiran dengan aku. Tiba-tiba makcik tu cium tangan aku balik. Ya Allah,sebak dada aku. Sungguh,aku hampir-hampir menitiskan air mata. Mulia sangatkah aku? aku bermuhasabah diri sambil mendengar qasidah yang didendangkan. Malam ini,aku berazam untuk menjadi yang TERBAIK! Aku akan cuba menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh.

Sehingga sekarang, aku masih tak dapat dan tak akan lupa kejadian tersebut. Semoga ALLAH merahmati makcik tersebut. ~amin~

Oleh itu, marilah kita sama-sama menyedekahkan al-fatihah untuk semua syeikh,para asatizah,guru-guru,semua mu’allim,dan cikgu-cikgu yang telah banyak mengajar kita ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang insyaAllah,boleh memandu dan membawa kita ke arah keredhaanNya dan seterusnya ke syurga yang abadi.insyaALLAH!

Sabda Rasulullah saw:

“Man salaka thoriqon yaltamisu fiihi ‘ilman,sahhalallahu lahu thoriqon ‘ilal jannah”(al-hadith)

maksudnya:
“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan yang didalamnya terdapat ilmu,maka Allah akan memudahkan jalannya menuju ke syurga.

~WALLAHUA’LAM~

Tamat

NIAT~ elemen terpenting dalam sesuatu amalan

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni kuliah bermula pada pukul 10 pagi.Kelas kami bermula dengan kelab IT. Banyak yang aku tak tahu tentang IT. Jadi aku adalah salah seorang yang banyak bertanya dalam usrah kami. Nasib baik ada seorang ahli kami yang ada serba sedikit ilmu tentang IT. Jadi kami banyak bertanya kepada dia. Setelah satu jam perbincangan berlansung,Ustaz Naim,guru IT kami masuk ke kelas. Pada mulanya beliau membahagikan kami kepada lima kumpulan. Kami dikehendaki mencari gambar SD-RAM,DDR-RAM dan sebagainya. Seronok belajar IT! Banyak ilmu baru yang boleh didapati.Melalui IT juga kita boleh menyebarkan dakwah,insyaAllah…kelas IT bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Selepas itu,kami diberi rehat selama satu jam untuk makan dan menunaikan solat zohr.Kelas kami diteruskan pada pukul 2 petang sehingga 4 petang oleh Ustazah Aishah.Beliau mengajar kami maddah Hadith. Kami bertaaruf dan memulakan sesi pelajaran dengan hadith Innamal’amaalu binniyyat.

Dari Umar bin Khathab Ra. berkata : “Aku telah mendengar rasulullah saw.bersabda :

”Innamal a’malu binniyat, wa innama likullim ri-in maanawa…. faman kaanat hijrotu hu, ilallahi wa rasulihi. fahijrotu hu ilallahi wa rasulihi. Wa man kaanat hijrotu hu, ila dunya, yusibuha, awim ra’atin yan kihuha. fahijrotuhu ilaa maa hajaro ilaih..”(HR. Bukhori Muslim)

mafhumnya:
Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang mendapatkan sesuai apa yang diniatkan, barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa hijrahnya karena dunia yang akan didapatkan atau wanita yang akan dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan. (HR. Bukhori Muslim)

Melalui hadith ini Rasulullah s.a.w. menjelaskan pada kita akan pentingnya sebuah niat dalam beribadah pada Allah.

Bagi aku,hadith ini sungguh luar biasa, Kenapa tidak? Karena hadith ini menerangkan tentang keikhlasan seseorang dalam beramal dan ini adalah tunjang dari segala amalan yang kita kerjakan.
Apalah ertinya melakukan amalan dengan banyak, kalau tidak diniatkan kerana Allah. walaupun seseorang beramal dengan ilmu yang benar, di mata Allah tidak ada nilainya sama sekali jika tidak didasari denagn keikhlasan. Yang ada mungkin hanya pujian dari orang lain dan kesombongan pada diri sendiri.

Niat inilah yang sangat penting untuk senantiasa kita perhatikan apabila kita melakukan sesuatu amalan. Karena hanya dengan niat kita akan mengetahui apakah kita melakukan amalan itu untuk mencari keredhaan Allah ataukah hanya untuk mendapatkan populariti atau pujian dari manusia??

“Niatkanlah segala sesuatu itu karena Allah, kerana kalau kita berniat bukan keranaNya maka kecewalah yang akan kita dapat”.

~NIAT~

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya’, menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Dari Abu Hurairah RA. Berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda : Sesungguhnya manusia yang pertama kali dihukum oleh Allah pada hari kiamat, adalah seorang yang mati syahid. Maka didatangkan orang yang syahid itu, dan Allah mengenalkan nikmatnya dan orang yang “Syahid” pun mengenali nikmatnya. Allah berkata :”Apa yang kamu lakukan dengan nikmat itu? dia berkata : “aku berperang di jalanMu sehingga aku mati syahid”. Allah berkata : “kamu telah bohong, akan tetapi kamu berperang supaya kamu dikatakan sebagai seorang pemberani. dan kamu telah disebut demikian”. kemudian Allah memberikan perintah untuknya, maka ia diseret di atas wajahnya dan dilemparkan ke neraka.

Dan seseorang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya, dan seseorang yang membaca al-qur’an. Maka didatangkan orang itu, dan Allah mengenalkan nikmatNya dan diapun mengenali nikmatnya, Allah berkata : “Apa yang kamu lakukan dengan nikmatmu itu?” orang itu berkata :”aku mempelajari ilmu dan mengajarkannya dan aku membaca al-qur’an itu semua kulakukan demiMu, Allah berkata :”kamu telah bohong!, akan tetapi kamu mempelajari ilmu agar orang2 mengatakan bahwa kamu orang yang berilmu dan kamu membaca al-qur’an supaya orang-orang mengatakan bahwa kamu seorang “qaari” dan kamu telah disebut demikian”. Kemudian Allah memberikan perintah untuknya, maka ia diseret di atas wajahnya dan dilemparkan ke neraka.

Yang ketiga, seseorang yang dilimpahi Allah harta yang banyak dan dia menginfakkan semua hartanya itu, Maka didatangkan orang itu, dan Allah mengenalkan nikmatNya dan orang itu pun mengenali nikmatnya, Allah berkata : “Apa yang kamu lakukan dengan nikmatmu itu?” dia berkata : “Tidaklah aku meninggalkan satu jalan yang kamu cintai untuk menginfakkan harta kecuali aku berinfak pada jalan itu hanya karenaMu. Allah berkata : ” kamu telah bohong!, akan tetapi kamu melakukan itu supaya kamu dikatakan sebagai seorang dermawan, dan kamu telah disebut demikian”.Kemudian Allah memberikan perintah untuknya, maka ia diseret di atas wajahnya dan dilemparkan ke neraka.(HR. Muslim)

Melihat redaksi hadith ini kita jadi tahu, ternyata untuk menumbuhkan niat yang ikhlas atas segala amalan yang kita lakukan ini sangatlah susah.

Nah…dari sinilah kita diperintahkan agar senantiasa “tajdiidunniah” memperbaharui…memperbaharui…dan senantiasa memperbaharui niat atas segala amalan yang kita lakukan.
Niatkanlah segala amalan kita ini hanya karena Allah! nescahaya kita akan mendapat pahala disisiNya, ikhlaskanlah segala amalan kita agar kita mendapat keredhaanNya.

Beramal dengan ikhlas adalah…menghindarkan diri daripada sifat Ananiyyah…BUKAN INGIN DIPUJI BUKAN PULA TAKUT DI BENCI, tapi kita beramal hanya untuk mendapat pahala dan keredhaan Allah swt.

wallahua’lam..

Selepas habis kelas hadith,kami semua punya azam baru untuk memperbaharui niat..niat belajar kerana ALLAH..insyaAllah! =)

First Day at Kolej Yayasan Islam Assofa

Today is Monday..Oleh itu,hari ni hari pertama start kuliah..berdebar-debar sebab tak tahu kelas mana. Aku pulak masuk lewat. So..agak nervous coz kawan pun tak ramai lagi..hm,hari bermula dengan solat subuh di Dewan Kolej. Lepas tu,kitorang baca hizib imam nawawi. Hizib ni baik dibaca  untuk melidungi diri dari gangguan jin dan syaitan yang sentiasa cemburu dengan ahli ilmu..kemudian,kami bersiap sedia untuk ke kolej jam 9 pagi.Hari first ni ramai yang tak tahu jadual dan kelas..diorang pun agak terpinga-pinga. Keterpingaan tu hilang bila Ustaz Sufi bagi taklimat tentang jadual dan kelas. Lebih kurang pukul 10 pagi, kelas pun dimulakan. Bagi yang baru dan tak tahu nak masuk kelas mana, ustaz suruh ambil exam untuk penentuan kelas A,B atau C. hihi..agak-agak aku kelas mana? Hanya ada 3 orang yang belum tahu nak masuk kelas mana : 2 perempuan dan seorang lelaki. Kitorang mendapat arahan supaya mengambil peperiksaan di perpustakaan. Sebelum jawab, baca bismillah..InsyaAllah, Allah akan tolong. =) Selepas lebih kurang 30 minit,aku dah siap jawab soaln tu..agak susah dan agak senang. Seronok jugak dapat pengalaman jawab kertas soalan. Semuanya dalam bahasa arab. Akhirnya..setelah 10 minit menunggu,keputusan pun dikeluarkan.Jeng..jeng..jeng..,Alhamdulillah, aku dapat kelas A. Alhamdulillah…mula-mula masuk kelas,aku agak terkedu sebab tak pernah masuk kolej sebelum ni. Masa aku masuk,kawan-kawan tengah buat usrah dalam halaqah. Syira ajak aku masuk usrah dia. So,aku pun join la. Mula-mula aku dengar je..lansung tak cakap. Pas  tu diorang suruh perkenalkan diri =) Kami berbincang tentang aqidah. Kawan-kawan aku banyak bincang pasal Freemason, dan sebagainya. Melalui perbincangan ni, aku dapat tahu Freemason dah banyak bertapak di Malaysia sekarang ni dan mereka sedang aktif bergiat untuk menyesatkan umat-umat islam. Ya Allah,peganglah hati-hati kami agar tidak disesatkan oleh orang-orang kafir~amin~alhamdulillah..dapat juga tamabah ilmu baru. Kami berbincang sampai pukul 11 pagi. Lepas tu,Ustaz Sufi masuk kelas kami. Ustaz mengajar tentang fiqh. Kami ada juga belajar tentang makna fiqh. Apa yang aku ingat,fiqh dari sudut bahasa ialah الفهم (kefahaman) manakala dari segi istilah pula ada dua:

1) untuk mengetahui hukum-hukum syar’iyyah yang berkaitan dengan amalan-amalan dan ucapan orang yang telah mukallaf yang diperolehi dari dalil-dalil yang terperinci,iaitu nas-nas daripada Al-Quran,sunnah,dan nas-nas yang bersumber daripada kedua-duanya,iaitu Ijma’ dan Ijtihad.

2) hukum-hukam syar’iyyah itu sendiri. Berdasarkan ini, kita katakan, “anda mempelajari fiqh,” maksudnya anda mempelajari hukum hakam fekah yang terdapat di dalam kitab-kitab fekah sedia ada, yang bersumber daripada Kitab Allah (al-Quran), Sunnah Nabi SAW, Ijma’ Ulamak, dan Ijtihad mereka.

Alhamdulillah..ilmu bertambah lagi =)

~MENUNTUT ILMU~

Ilmu
menuntutnya adalah
wajib.

Ilmu
harus diamalkan
untuk kebaikan
diri sendiri dan
insan lain.

Menuntut ilmu
bukannya untuk
menjadi pandai
bukannya untuk
mendapat pengiktirafan
seperti sijil atau
ijazah
bukannya juga
untuk berlumba-lumba. 

Menuntut ilmu
adalah kerana Allah
disuruh oleh Allah.

Menuntut ilmu
untuk mengetahui
sesuatu perkara
supaya sentiasa
dalam kebenaran.

Tuntutlah ilmu
dari hujung pena
hingga pintu kubur.

~copy paste~

Kelas Fiqh berakhir pada pukul 12 tengahari..segala puji bagi Allah,banyak faedah dan kebaikan yang telah aku dapati pada hari ini. Selepas itu,kami pun balik ke asrama masing-masing untuk mengisi perut dan berehat.

Pada pukul 6 petang,kami bersiap untuk solat maghrib berjemaah di dewan kolej yayasan sofa.Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Setelah solat maghrib selesai ditunaikan,kami pun membaca hizib. Sementara menunggu azan solat Isya’  berkumandang, ada yang membaca Al-Quran,dan ada yang membaca kitab. Masa yang ada kami gunakan dengan sebaiknya. Setelah azan berkumandang,kami pun menunaikan solat isya’ secara berjemaah. Tepat pukul 9 malam,kami bergerak ke Dewan DaQwaH yang berada tidak jauh daripada Kolej Yayasan AsSofa.Alhamdulillah..sepanjang kuliah,terdapat banyak input yang dapat menyegarkan iman dan rohani. Hati juga tenang apabila berada di dalam majlis ilmu. Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran :”Sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang”. Benarlah firman ALLAH tersebut. Kuliah selesai pada pukul 10 malam. Kami pulang bersama-sama ke asrama dengan hati yang lapang =) alhamdulillah..

~WALLAHU A’LAM~